Siapa Kami
RZ Teras Solution adalah 100% syarikat milikan penuh bumiputera yang telah berdaftar dengan SSM, CIDB dan SPAN. Kami merupakan syarikat kontraktor paip bertauliah yang menawarkan perkhidmatan berkaitan sistem perpaipan, pembentungan, penyelenggaraan, membekal dan memasang perkakas sanitari secara domestik, komersial dan perindustrian. Kami adalah pakar paip air sejuk (cold water), paip sanitari dan pembentungan, sistem pengumpulan air hujan (RWHS), saluran air hujan (RWDP) dan penyelenggaraan. Kami komited dalam menawarkan penyelesaian kepada pelanggan agar pelanggan juga dapat merasai pengalaman mutu kerja daripada tim kami.
Siapa Kami
Pakar Sistem Paip Profesional
Kami adalah pakar paip yang menyediakan perkhidmatan berkaitan pembentungan, 'manhole' dan tangki septik, 'cold-water and sanitary plumbing', sistem air hujan (RWHS & RWDP), penyelenggaraan dan pemasangan perkakas sanitari untuk lapangan komersial dan industri pembinaan.
Selain itu, kami merupakan pakar paip profesional yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian untuk masalah pembaikan domestik berkaitan sistem pembentungan, sistem perpaipan, penyelenggaraan dan pemasangan perkakas sanitari (sanitarywares).
Dapatkan Perhatian kami
sebut harga
Perkhidmatan Kami
Kualiti Adalah Jaminan Kami
Kami adalah pakar sistem perpaipan yang bertauliah, berkualiti dan dipercayai. Kami merupakan syarikat kontraktor paip yang menawarkan perkhidmatan berkaitan perpaipan, pembentungan, penyelenggaraan, membekal dan memasang perkakas sanitari secara domestik, komersial dan lapangan perindustrian pembinaan.
Adakah anda mengalami masalah seperti ini? Paip Pecah, Paip Bocor, Air Perlahan, Paip Bocor Dalam Dinding, Tangki Overflow, Tangki Berkeladak. Jika benar, ianya perlu dibaiki segera bagi mengelakkan banjir kecil dan pembaziran air.
Serabut dengan isu tersumbat tidak berkesudahan? Tandas (wc), Perangkap Air (floor Trap), Basin, Sinki dan Salur Paip penuh lemak tepu, minyak, rambut, pad dan sampah menyebabkan berlakunya masalah tersumbat dan ia perlu diselenggara dengan betul.
Kami menyediakan perkhidmatan membekal dan memasang perkakasan sanitari idaman anda beserta dengan khidmat nasihat.
Kami adalah kontrator paip yang bertauliah dan berpengalaman. Kami mempunyai lesen yang sah. Berdaftar dengan SSM, CIDB dan SPAN.